Isnin, 20 Mei 2013

Negara kita.

Orang Malaysia suka nama. 
Mahu kejar Negara Maju
Minda kelas pertama
Mahu dapat status, ‘Bertaraf Dunia’.
Banyak gelaran. Dato, Tan Sri.
Dalam keluarga juga, Pak Long, Tok Teh.
Yang perempuan di sekolah kalau umur lebih 1bulan pun dari kawannya sudah diminta panggil ‘akak’.
Ini semua tanda hormat. Tiada masalah.
Tetapi…
Terma negara Islam tidak perlu ditekankan sebenarnya. 
Yang penting laksanakan dahulu keadilan dan kesaksamaan yg menjadi fitrah semua manusia dan lain-lain nilai yang sememangnya menjadi asas negara Islam.
Usah terlalu sibuk untuk mendapat label ‘Negara Islam’ kerana bukan itu yang Allah suruh kita cari, lagipun nama itu pasti akan datang dengan sendirinya.
Banyak negara maju barat yang lebih ‘Islamik’ dari sudut pemerintahan berbanding mana2 negara Islam didunia.
Teringat saya kisah salah satu wali songo yang berdakwah tanpa menghebahkan nama agama yang dibawanya tetapi mendahulukan segala jenis nilai kebaikan yang akhirnya diterima dengan mudah sekali.”
‘‘(Bagi yang terbaca, minta diperbetulkan kefahaman saya jika salah. Sungguh takut jika saya jadi ikutan terutamanya bila saya sebenarnya yang bodoh. as safeeh)” copy :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan